Harga sebuah pengampunan
Iklan
Najib kini berdepan satu episod penentuan yang bukan sahaja melibatkan nasib peribadinya, malah menyentuh kewibawaan institusi perundangan dan kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan negara. Gambar kecil: Ikmal Hisham (kiri), Wan Ahmad Fauzi (kanan)
SABITAN kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak menandakan fasa paling getir dalam perjalanan politik seorang bekas Perdana Menteri yang pernah memegang tampuk kuasa tertinggi negara.
Buat kali kedua disabitkan bersalah atas kesalahan rasuah berskala besar, Najib kini berdepan satu episod penentuan yang bukan sahaja melibatkan nasib peribadinya, malah menyentuh kewibawaan institusi perundangan dan kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan negara.