PN stabil, sedia hadapi PRU16
Iklan
PN Pahang akan menyertai PRU16 dengan tawaran-tawaran segar untuk rakyat. Foto fail Bernama
PERIKATAN Nasional (PN) stabil. Ini keadaan di sebalik peletakan jawatan-jawatan Pengerusi PN yang diikuti Setiausaha Agungnya dan pemimpin-pemimpin Bersatu sebagai Pengerusi PN beberapa negeri. Tetapi setakat ini, pemimpin-pemimpin Bersatu yang menjadi Pengerusi PN Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan tidak meletak jawatan.
Pemimpin-pemimpin Bersatu yang menjadi Timbalan Pengerusi PN negeri-negeri yang Pengerusinya pemimpin-pemimpin Pas tidak meletak jawatan. Manakala, tiada berita pemimpin-pemimpin Pas sebagai Pengerusi atau Timbalan Pengerusi PN negeri-negeri berkaitan meletak jawatan.