NAFAS beri jaminan selesai isu lewat bekal baja subsidi
Iklan
NAFAS memberi jaminan isu kelewatan pembekalan baja bersubsidi kepada pesawah akan ditangani sebaik mungkin.
SHAH ALAM - Kontrak tamat menjadi punca Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) tidak dapat melaksanakan proses pembekalan baja seperti biasa kepada pesawah.
NAFAS dalam satu kenyataan berkata, kontrak yang telah dianugerahkan kepada pertubuhan itu tamat pada 30 Jun 2025 dan setiap pembekalan diterima disimpan oleh pihak NAFAS untuk tujuan proses pembekalan selepas menerima lantikan kontrak daripada kerajaan.