Beg misteri disangka ada bom, rupa-rupanya seluar dalam

Iklan
Anggota pemusnah bom lengkap berpakaian bak angkasawan kemudiannya tiba di kawasan itu untuk memeriksa kandungan beg berkenaan. Foto Agensi

SEMARANG - Sebuah beg misteri telah mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat setempat hingga unit khas terpaksa dikerahkan ke lokasi kejadian.

Pasukan Gegana Brimob Polda Jawa Tengah bergegas ke pinggir laluan keluar tol Banyumanik Semarang, Jawa atau ADA Banyumanik, Kota Semarang, Indonesia selepas menerima laporan pada awal minggu lalu.

Iklan
Iklan

Laluan itu turut ditutup untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Anggota pemusnah bom lengkap berpakaian bak angkasawan kemudiannya tiba di kawasan itu untuk memeriksa kandungan beg berkenaan.

Iklan

"Tiada bom seperti didakwa, hanya sejumlah pakaian termasuk seluar dalam dan barangan peribadi.

"Hasil pemeriksaan kami juga mendapati tiada objek berbahaya atau mencurigakan," kata Kepala Bidang Hubungan Masyarakat (Kabid Humas), Polda Jateng, Kombes Pol Artanto.

Iklan

Difahamkan, beg itu masih berada dalam simpanan pihak berkuasa dan usaha menjejaki pemiliknya masih giat dilakukan. - Agensi