KKM jawab dakwaan tidak lagi terima pesakit 'walk-in'

Iklan
KKM amat memahami bahawa akses teknologi adalah berbeza bagi setiap individu.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan bahawa fasiliti Klinik Kesihatan tidak lagi menerima pesakit walk-in, atau jumpa terus seperti yang tular di media sosial.

KKM memaklumkan walaupun sistem janji temu adalah kaedah utama, ruang untuk pesakit 'walk-in' tetap disediakan khususnya bagi kes kecemasan, warga emas dan golongan yang mempunyai kekangan akses teknologi. 

Iklan
Iklan

"Pesakit tanpa janji temu tetap dilayan namun perlu melalui proses penilaian terlebih dahulu," menurut kementerian itu dalam hantaran di laman Facebook pada Khamis. 

Menurut KKM, perkhidmatan 'walk-in' tetap diteruskan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat akses rawatan yang adil dan saksama.

Iklan

"KKM amat memahami bahawa akses teknologi adalah berbeza bagi setiap individu," menurut hantaran itu. - Bernama 

 

Iklan