'Muhyiddin berjiwa besar, ketepikan dendam peribadi demi perjuangan parti' - Noh Omar
Iklan
Noh Omar
SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai pemimpin berjiwa besar dan mengutamakan perjuangan parti berbanding kepentingan peribadi.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Noh Omar berkata, sifat kepimpinan matang itu juga antara faktor yang mendorong kepada keputusan beliau untuk melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) pada Selasa.
Iklan
Iklan
“Saya lihat Tan Sri Muhyiddin sebagai pemimpin yang berjiwa besar dan tidak berdendam tetapi demi perjuangan parti, dia ketepikan kepentingan dendam peribadi.
“Sebab itu saya lihat beliau sanggup meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN kerana latar belakang beliau yang memang jujur dan berjiwa besar,” katanya ditemui pada Majlis Pelancaran Pusat Khidmat NGO Muafakat Nasional (MN) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Durian Tunggal pada Rabu.
Iklan
Terdahulu, media melaporkan Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.
Bekas Perdana Menteri itu turut melahirkan penghargaan kepada semua kepimpinan PN atas sokongan kepada beliau sepanjang memimpin gabungan terbabit.
Iklan
Ujar Noh, Muhyiddin juga antara individu yang memberi sokongan ketika mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mewakili UMNO sebagai Perdana Menteri.
“Sewaktu Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, yang menjatuhkan beliau ialah UMNO. 15 orang Ahli Parlimen UMNO ketika itu menarik sokongan terhadap Muhyiddin.
“Kalau Muhyiddin mementingkan diri sendiri sudah tentu beliau tidak sokong (wakil) UMNO menjadi Perdana Menteri,” ujarnya.
Menurut beliau, Muhyiddin yang lebih dikenali sebagai `Abah’ juga dilihat tidak menyimpan dendam terhadap mereka yang cuba beliau.
“Saya salah seorang daripada 15 Ahli Parlimen yang menjatuhkan Muhyiddin ketika itu.
"Kalau Muhyiddin seorang yang berdendam, sudah tentu beliau tidak melantik saya sebagai MPT Bersatu,” katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.