Hasil padi merudum, negara rugi jutaan ringgit
Iklan
Isu pesawah lewat menerima baja bersubsidi bukan perkara baharu tetapi kebimbangan yang sering dibangkitkan kumpulan itu setiap kali tiba musim. Foto hiasan/Bernama
SHAH ALAM - Negara menanggung kerugian besar sehingga mencecah jutaan ringgit berikutan kemerosotan hasil padi akibat kelewatan penerimaan bekalan baja bersubsidi oleh pesawah.
Pensyarah Kanan Jabatan Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber, Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmad Hanis Izani Abdul Hadi berkata, kerugian itu mengambil kira kesan berantai termasuk peningkatan kos disebabkan kelewatan tersebut.