Warga kota berhak tentukan hala tuju KL
Iklan
Penduduk KL telah lama menantikan reformasi yang sepatutnya menjadi hak mereka. Foto hiasan/Bernama
BANYAK yang boleh diperkatakan mengenai pelantikan Hannah Yeoh sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Wilayah Persekutuan.
Beliau bukanlah seorang yang asing bagi saya. Sewaktu PRU 2008, kami berdua adalah antara calon termuda bawah 30 tahun yang telah berjaya memenangi kerusi yang ditandingi di Dewan Negeri Selangor.