Pengunduran Muhyiddin buka laluan penyusunan semula PN
Iklan
Penganalisis berpandangan pengunduran Muhyiddin dan beberapa pemimpin Bersatu dari PN berpotensi meredakan ketegangan dengan Pas. Gambar kecil: Mazlan
SHAH ALAM - Pengunduran Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk di peringkat negeri daripada Perikatan Nasional (PN) dilihat berpotensi meredakan ketegangan antara Bersatu dan Pas.
Pengarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Mazlan Ali berkata, langkah itu bertepatan dalam situasi PN memerlukan momentum baharu berikutan landskap politik negara masih rencam menjelang Pilihan Raya Umum ke-16.