SHAH ALAM - Amaran ribut petir dan hujan lebat di enam negeri, termasuk Selangor serta Putrajaya sehingga jam 4 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor membabitkan kawasan sekitar Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.