Warga emas hidap 'hoarding disorder' mati dalam kebakaran sampah

Iklan
Kebakaran sebuah unit di tingkat 7 memgorbankan warga emas yang menghidap 'hoarding disorder' di Korea Selatan. Foto: Agensi

 

ULSAN - Seorang lelaki warga emas maut dalam kebakaran akibat terperangkap dengan timbunan sampah yang dikumpulnya di sebuah pangsapuri di Dal-dong, Daerah Nam, Korea Selatan.

Iklan
Iklan

Menurut laporan Korea JoongAng Daily, kejadian berlaku sekitar jam 6.56 petang (waktu tempatan) pada Ahad ketika mangsa yang juga veteran perang Vietnam tinggal sendirian di tingkat tujuh kediaman itu.

Mangsa berusia 70-an berjaya ditemui pasukan penyelamat namun, menghembuskan nafas terakhir ketika diberi rawatan kecemasan di hospital.

Iklan

Pasukan bomba mengambil masa hampir 8 jam untuk memadam kebakaran sampah di sebuah kediaman milik lelaki warga emas di Ulsan, Korea Selatan. Foto: Agensi

Menurut laporan itu, anggota bomba terpaksa memadam kebakaran sambil membersihkan timbunan sampah yang memenuhi pangsapuri dan api dipadam kemudiannya berjaya dipadam selepas hampir 8 jam.

Iklan

Ketika anggota bomba membuka unit pintu hadapan, mereka mendapati bahagian dalam penuh dengan sampah berlonggok setinggi lelaki dewasa.

Ruang dalaman dilaporkan tidak lagi berfungsi sebagai ruang tamu dan mangsa di temui di atas timbunan sampah itu.

Warga emas yang juga veteran perang Vietnam mengumpul sampah setinggi manusia sejak 20 tahun lalu. Foto: Agensi

Menurut jiran, mangsa menunjukkan tanda-tanda penyakit 'hoarding disorder' sejak 20 tahun lalu, memenuhi rumah dengan sampah, peralatan elektrik rosak dan pakaian malah sering membawa pulang plastik dipenuhi sisa buangan.

Pihak pengurusan mendedahkan mereka pernah mengupah pekerja pembersihan dan menukar kertas dinding dan lantai untuk membantunya namun, mangsa tetap berdegil.

Untuk rekod, pangsapuri 10 tingkat itu dibina pada tahun 1996 tidak mempunyai sistem sprinkler kerana undang-undang tidak mewajibkannya bagi bangunan bawah 16 tingkat.