Suami bunuh isteri, mayat ditanam belakang rumah terbongkar

Iklan
Kehilangan Khushbu selama hampir seminggu akhirnya dilaporkan bapa mentuanya. - Foto Agensi

LUCKNOW - Kehilangan seorang wanita akhirnya membongkarkan rahsia pembunuhan dilakukan oleh suaminya sendiri.

Suspek dikenali sebagai Arjun di daerah Gorakhpur, Uttar Pradesh di India membunuh isterinya, Khushbu pada 21 Disember lalu.

Iklan
Iklan

Setelah mangsa hilang tanpa jejak, Arjun mendakwa isterinya meninggalkan rumah tanpa memberitahu sesiapa.

Kejadian jenayah itu dikatakan serupa dengan plot filem Bollywood berjudul Drishyam selepas bapa mentuanya bertindak membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana mengesyaki menantunya mungkin telah dibunuh.

Iklan

Pihak berkuasa kemudiannya menahan Arjun untuk disoal siasat.

Suspek bagaimanapun memutar-belitkan cerita, malah mendakwa Khushbu membunuh diri dan mayatnya telah dibuang ke sungai berhampiran.

Iklan

Setelah pembohongannya terdedah, Arjun akhirnya mengakui dia membunuh mangsa kerana 'tertangkap' menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi lelaki lain.

Pada malam 21 Disember lalu, pasangan itu bertengkar sekali lagi hingga pelaku mencekik isterinya sehingga mati dan menanam mayatnya di belakang rumah mereka.

Pihak berkuasa telah menggali 'kubur' tersebut dan jasadnya dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Siasatan awal mendapati, pembunuhan itu mungkin berlaku kerana suspek mengesyaki isterinya terlibat hubungan dengan lelaki lain. - Agensi