Dituduh serang kediaman Putin, Ukraine jadi kambing hitam?

Iklan
Zelenskyy (kiri) akur dengan cadangan pelan damai dikemukakan pentadbiran Trump bagi menamatkan perang bersama Rusia sejak Februari 2022.

MOSCOW - Rusia mendakwa Ukraine melancarkan serangan dron ke atas salah sebuah kediaman Presiden Vladimir Putin ketika proses damai sedang diusahakan Amerika Syarikat (AS).

Menteri Luar, Sergei Lavrov berkata, sebanyak 91 pesawat tanpa pemandu (UAV) yang menyasarkan rumah Putin di wilayah Novgorod pada lewat Ahad dan awal pagi Isnin berjaya ditembak jatuh.

Iklan
Iklan

"Penglibatan Kremlin dalam rundingan damai akan dipertimbangkan semula memandangkan Kiev telah beralih kepada 'dasar keganasan'," ujarnya tanpa memberikan butiran lanjut.

Kiev bagaimanapun mendakwa ia sebagai satu pembohongan yang cuba menggugat inisiatif damai yang cuba dicapai bersama Washington.

Iklan

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menyifatkan ia sebagai 'rekaan sepenuhnya' yang cuba menjejaskan proses damai tersebut malah rakan sejawatannya, Presiden Donald Trump juga dengan lantang mengkritik 'tindakan provokasi' Kiev meskipun tiada bukti kukuh.

Trump dilihat berterusan menyebelahi Moscow setelah Kiev bersetuju dengan 90 peratus kandungan pelan damai termasuk jaminan keselamatan pasca perang dicadangkan Washington.

Iklan

Menerusi panggilan bersama Trump pada Isnin, Putin sekali lagi bermain tarik tali apabila menyatakan beliau akan menyemak semula kedudukan Kremlin dalam proses damai damai susulan insiden serangan dron tersebut. - AFP