MUIP hantar 24 tan bantuan makanan ke Aceh

Iklan
MUIP hantar 24 tan makanan kepada penduduk di Aceh, Indonesia sebagai tanda keprihatinan dan solidariti. Foto MUIP

KUANTAN - Sebanyak 24 tan bantuan makanan dihantar ke Aceh, Indonesia bagi meringankan beban mangsa banjir yang terjejas teruk akibat bencana dan kesukaran hidup di wilayah itu.

Timbalan Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Dr Asmadi Shah berkata, bantuan tersebut sebagai tanda keprihatinan dan solidariti terhadap masyarakat terkesan akibat bencana serta kesukaran hidup yang melanda wilayah berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, program bantuan ini dimulakan dengan pembelian sumber keperluan asas daripada pengeluar tempatan di Aceh.

"Ini hasil kerjasama strategik bersama Dewan Perniagaan Malaysia–Acheh yang turut membantu dari aspek logistik dan penyelarasan penghantaran.

Iklan

"Pendekatan ini bukan sahaja mempercepatkan proses agihan, malah turut menyokong ekonomi setempat," katanya pada Selasa.

Penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh wakil MUIP, Datuk Seri Dr Salehuddin Ishak kepada Gabenor Aceh, Muazzakir Manaf

Iklan

Turut hadir mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sektor Dasar dan Pengurusan MUIP, Kharuddin Ismail serta Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kutipan Zakat Wakaf Pahang, Dr Mohd Azmi Othman.

Asmadi berkata, sebanyak enam buah lori bersaiz empat tan telah digunakan oleh MUIP bagi memastikan bantuan dapat dihantar dengan selamat ke destinasi yang ditetapkan.

Ujarnya, bantuan tersebut diagihkan ke empat lokasi utama iaitu Temiang, Aceh Timur, Lhokseumawe, Bireuen (Aceh Utara) dan Pidie Jaya, dengan perjalanan ke lokasi pertama mengambil masa kira-kira 11 jam.

Tambahnya, program itu mendapat sokongan padu daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Insan Cakna dan Yayasan Patriotik Bangsa yang bertindak sebagai sukarelawan sepanjang pelaksanaan misi kemanusiaan tersebut.

"Usaha ini adalah komitmen berterusan MUIP dalam memperkukuh hubungan ukhuwah Islamiah serantau serta menyantuni masyarakat yang memerlukan tanpa mengira sempadan negara," katanya.