SUBANG JAYA – Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Sarah Nabihah Abdul Rahin pada jam 12.48 tengah malam Isnin.