SHAH ALAM - Selepas Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan, giliran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung gabungan tersebut berkuat kuasa Rabu.
Menerusi satu kenyataan pada Selasa, beliau berkata, ini kerana pelantikannya bagi jawatan berkenaan sebelum ini di bawah bidang kuasa Pengerusi PN.