Dulu 'rider', sekarang mampu beri hantaran Mazda 3 kepada isteri

Iklan
Eko memberi hantaran sebuah kereta Mazda 3 Hatchback dan skuter Honda PCX 160 sebagai hantaran kepada isterinya.

JAKARTA – Kisah seorang lelaki yang pernah bekerja sebagai penunggang ojek dalam talian tular di media sosial apabila menyerahkan sebuah kereta Mazda 3 Hatchback dan skuter Honda PCX 160 sebagai hantaran kepada isterinya.

Menerusi video tular di media sosial, dua kenderaan berwarna merah berkenaan dihias dengan dekorasi bunga serta kain renda.

Iklan
Iklan

Harga kereta Mazda 3 Hatchback di pasaran Indonesia dianggarkan sekitar 580 juta rupiah (RM140,000), manakala skuter Honda PCX 160 pula berharga kira-kira 34 juta rupiah (RM8,200).

Menurut laporan Wolipop, pengantin lelaki, Eko Setiawan dan isterinya, Elly Kurniati.

Iklan

Sebahagian hantaran diberikan Eko buat isterinya.

Eko bekerja sebagai penunggang ojek sebelum menjadi pemilik sebuah kedai runcit dan ejen telur di Jakarta Utara.

Iklan

Berbekalkan modal hasil bekerja sebagai penunggang ojek serta sokongan ibu bapa yang mempunyai latar belakang sebagai peniaga, Eko memberanikan diri membuka perniagaan barangan runcit.

Tahun pertama perniagaan disifatkan sebagai paling mencabar, namun kehadiran isterinya, Elly yang ketika itu merupakan teman wanita, menjadi sumber kekuatan utama sehingga beliau mengambil keputusan meminta wanita itu berhenti bekerja di hospital bagi membantunya menguruskan kedai.

Eko memaklumkan turut menyediakan pelbagai hasil bumi sebagai hantaran kepada isterinya, selain dua kenderaan berkenaan.

“Ia termasuk beras, pisang, kelapa, bawang, sayur-sayuran, ternakan seperti kambing dan ayam, peralatan dapur, barangan keperluan wanita serta kelengkapan rumah,” katanya pada Ahad.

Beliau turut menyerahkan mas kahwin sebanyak 2 juta rupiah (RM480) dan barangan kemas seberat 11 gram.

Eko memberitahu, segala pemberian itu adalah penghargaan kepada isteri yang setia bersama sejak dirinya masih belum mempunyai harta.