Lebih 2 juta kenderaan guna lebuh raya PLUS Jumaat ini

Iklan
Trend kepadatan pengguna lebuh raya ini berterusan sejak waktu puncak Ahad lalu sempena perayaan Krismas dengan jumlah trafik termasuk di LPT2 dicatatkan pada 2 juta. Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) meramalkan sejumlah 2.2 juta kenderaan akan menggunakan rangkaian lebuh raya kendaliannya pada waktu puncak pada 2 Januari 2026 sempena cuti persekolah akhir tahun.

Trend kepadatan pengguna lebuh raya ini berterusan sejak waktu puncak Ahad lalu (28 DIsember) sempena perayaan Krismas dengan jumlah trafik termasuk di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dicatatkan pada 2 juta.

Iklan
Iklan

Laluan-laluan utama yang mencatat trafik tinggi antaranya di Jambatan Pulau Pinang, Sungai Dua dan Juru (Wilayah Utara), Kempas, Taman Perling, Skudai (Wilayah Selatan) dan Sungai Besi, Jalan Duta, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (Wilayah Tengah).

Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal menerusi jadual perjalanan digital, MyPLUS-TTA di aplikasi PLUS sepanjang musim cuti ini.

Iklan

"Mengambil kira keadaan cuaca yang tidak menentu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada dan berhati-hati memandu ketika hujan.

"Pastikan kenderaan telah diselenggara dan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan, dapatkan rehat selepas setiap dua jam pemanduan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R)," kata Yusuf ketika dihubungi pada Isnin.

Iklan

Setakat jam 8.27 malam Isnin, Portal Rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan beberapa lokasi mencatatkan aliran perlahan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS-E1), antaranya meliputi Juru Auto City ke Permatang Pauh, dan Tapah ke Gopeng bagi laluan arah utara.

Bagi laluan arah selatan, trafik sesak melibatkan Bandar Baharu ke Alor Pongsu, Terowong Meru ke Ipoh Utara dan Tapah ke Sungkai.

Selain itu, di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS-E2), trafik perlahan sekitar Simpang Renggam ke Sedenak dan Sedenak ke Senai Utara. - Awani