Pemuda UMNO boleh beri pandangan, MKT putuskan
Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang seakan memberi bayangan parti itu bersedia untuk kembali bekerjasama dengan Pas. Gambar kecil: Jalaluddin
SHAH ALAM - Sebarang ketetapan UMNO termasuk cadangan untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) akan ditentukan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu.
Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias bagaimanapun berkata, semua pihak boleh menyuarakan pandangan untuk dinilai sebelum sesuatu ketetapan diambil.