Bomba bantu tenangkan lelaki mengamuk

Iklan
Gambar ihsan JBPM Pahang

KUANTAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang berjaya menenteramkan seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental di Bukit Rangin Aman di sini, pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Anuar Hassan berkata, lelaki itu berusia 30 tahun itu bukan sahaja mengamuk malah menjadikan anak perempuannya yang berusia tujuh tahun sebagai tebusan.

Keadaan lelaki itu selepas ditenangkan pihak bomba

Iklan
Iklan
Iklan

"Dua pegawai bomba bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas berusaha memujuk lelaki berkenaan.

"Lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Iklan