Pemimpin Pas muat naik status sindiran, timbulkan persoalan
Iklan
Keratan hantaran Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar kecil kiri) di media sosial. Gambar kanan: Datuk Iskandar Abdul Samad
SHAH ALAM – Beberapa pemimpin Pas memuat naik hantaran sindiran di Facebook masing-masing, menimbulkan persoalan dipercayai berkaitan krisis politik Perlis walaupun dilihat selesai dengan pelantikan Menteri Besar baharu pada Ahad.
Antaranya, Bendahari Agung Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad memuat naik status ringkas mengenai pengkhianatan yang disifatkan beliau tidak boleh dibiarkan tanpa dihukum.
Iklan
Iklan
"Saya tak sedih tetapi gembira kerana sekarang kita tahu warna sebenar mereka. Pengkhianatan tidak boleh dibiarkan tanpa dihukum," katanya.
Hantaran itu bagaimanapun tidak merujuk mana-mana laporan terkini, namun dipercayai berkaitan dengan pelantikan Menteri Besar baharu dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Iklan
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memberi gambaran seolah parti itu mengakui berlaku perpecahan dalam Perikatan Nasional (PN).
"Apakah retak menanti belah," katanya pada Ahad.
Iklan
Terdahulu, Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-12.
Pelantikan itu menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli daripada Pas yang meletak jawatan atas faktor kesihatan pada Khamis lalu.
Sebelum ini, lapan ADUN PN, lima daripada Bersatu dan tiga daripada Pas mengemukakan akuan berkanun (SD) yang menyatakan menarik balik sokongan terhadap Mohd Shukri.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Jangan risau Akmal, abang tahu anak muda Melaka mahukan siapa' - Zahid"><meta itemprop="description" content="Suara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang menyatakan pendirian tidak akan bertanding sekiranya Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) mendapat perhatian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid memberi jaminan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu tidak perlu khuatir mengenai strategi parti dalam menentukan hala tuju menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795110/berita/politik/jangan-risau-akmal-abang-tahu-anak-muda-melaka-mahukan-siapa---zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNo #PRNMelaka"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T12:28:11.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4g916"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4g916"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4g916"></script>