GOMBAK - Pembangunan tanah perkuburan Islam baharu di Kampung Sungai Kertas, Mukim Batu di sini merupakan satu keperluan mendesak berikutan kapasiti tanah perkuburan sedia ada di kawasan Gombak semakin terhad dan hampir penuh.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, projek yang akan dibangunkan berkonsepkan Kubur Dalam Taman atau Raudhatul Sakinah itu bertujuan menyediakan kemudahan perkuburan yang lebih teratur, beradab dan selesa untuk penduduk setempat.