Menara pencawang telekomunikasi terbakar

Iklan
Tangkap layar video kebakaran menara telekomunikasi yang dikongsi pengguna media sosial.

IPOH - [DIKEMAS KINI] Sebuah menara telekomunikasi milik Maxis di kawasan pencawang Sungai Perak di Kampung Kelebor, Kuala Kangsar, terbakar dalam kejadian pada petang Sabtu. 

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.36 petang, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

“Sebuah menara telekomunikasi dilaporkan telah terbakar dan kebakaran dapat dilihat dari Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Anggota yang bergerak ke lokasi mendapati alamat yang diberikan tidak tepat dan terperangkap dalam kesesakan lebuh raya.

“Selain itu, anggota terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk ke lokasi kejadian kerana terletak dalam hutan dan ladang sawit. Bomba terpaksa menaiki Hilux dan apabila sampai mendapati api telah padam sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.

Iklan

Beliau berkata, kebakaran itu dipadamkan dengan bantuan tuan tanah yang menggunakan alat pemadam api dan air tadahan hingga kebakaran dipadamkan sepenuhnya.

Kebakaran yang melibatkan sebahagian daripada menara itu menyebabkan beberapa panel komunikasi mengalami ganggu, termasuk Maxis dan siasatan lanjut diteruskan pagi ini,” katanya. - Bernama

Iklan