Belum terbukti bersalah
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Sabtu mengenai Panglima Tentera Darat bercuti serta-merta beri laluan siasatan. Gambar kecil: Zaki Salleh
SHAH ALAM - Walaupun belum pernah berlaku situasi di mana individu yang memegang jawatan ketenteraan paling penting seperti Panglima Tentera Darat diarahkan bercuti serta-merta atau berehat sementara waktu namun ia amalan biasa bagi sektor perkhidmatan awam atau swasta yang lain.
Penganalisis keselamatan, Zaki Salleh berkata, tiada halangan bagi pihak berkuasa untuk melakukan siasatan berhubung sebarang dakwaan salah laku terutama dalam perkhidmatan tentera.