Paradoks seorang Perdana Menteri
Iklan
Najib
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Jumaat.
1MDB bermula dengan satu cita-cita murni dan strategi yang unggul untuk mengurus kekayaan negara demi masa depan. Namun, akhirnya tersungkur akibat salah urus sehingga menjadi bahan siasatan pihak berkuasa pelbagai negara, menjatuhkan seorang Perdana Menteri dan parti Barisan Nasional.