Ukraine beban EU melawan Rusia
Iklan
Asap tebal kelihatan menyelubungi kawasan kediaman di Kyiv susulan serangan dron dan peluru berpandu Rusia. Foto AFP
PEPERANGAN menelan belanja yang besar. Tanpa sumber yang mencukupi, kewangan dan bukan kewangan, adalah mustahil untuk sebuah negara atau kuasa muncul sebagai pemenang dalam sesebuah konflik.
Ukraine yang sedang mempertahankan diri daripada serangan Rusia sejak hampir empat tahun lalu jika tidak dibantu oleh negara-negara sekutunya sudah lama muflis sebenarnya.