Gempa bumi 6.6 magnitud landa perairan Taiwan - CENC

Iklan
Gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda perairan daerah Yilan, Taiwan pada malam Sabtu. Gambar hiasan

BEIJING - Gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda perairan daerah Yilan, Taiwan pada 11.05 malam Sabtu (waktu Beijing), menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), lapor Xinhua.

Pusat gempa dikesan pada latitud 24.67 darjah utara dan longitud 122.06 darjah timur.

Iklan
Iklan

Menurut pusat itu, gempa bumi berkenaan berlaku pada kedalaman 60 kilometer.

Gempa bumi itu dirasai di seluruh Taiwan, dengan gegaran bangunan yang ketara.

Iklan
Iklan

Setakat ini, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dikeluarkan di pulau itu. - Bernama-Xinhua