KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Ritcher melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada 8.22 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, gempa bumi itu berpusat pada koordinat 5.6 darjah selatan dan 102.2 darjah timur, dengan kedalaman 70 kilometer (km).