Impak penarafan pendidikan tinggi negara
Iklan
Penyertaan universiti Malaysia dalam penarafan global wajar diteruskan secara strategik, beretika, dan berimbang. Gambar kecil: Ismi Arif
CADANGAN universiti tempatan meninggalkan penarafan universiti global atas alasan bersifat komersial dan ‘hanya mencari untung’ kedengaran menarik, namun bersifat simplistik dan berisiko mengelirukan perbincangan dasar pendidikan tinggi negara.
Kritikan terhadap penarafan wajar didengar, tetapi menolak keseluruhan sistem penarafan antarabangsa tanpa membezakan antara alat dan penyalahgunaannya merupakan satu kesimpulan terburu-buru.