Mayat janda muda ditemui tanpa seurat benang, dibunuh kejam kekasih

Iklan
Jasad janda muda tanpa seurat benang ditemui dalam keadaan menyayat hati dan dimakan biawak di bawah sebuah jambatan Permandian Kogawuna, Kota Baubau, Sulawesi Tenggara. - Foto Agensi

BAUBAU – Jasad janda muda tanpa seurat benang ditemui dalam keadaan menyayat hati dan dimakan biawak di bawah sebuah jambatan pada akhir minggu lalu.

Mangsa berusia 23 tahun dikenali sebagai WK itu dipercayai telah dibunuh teman lelakinya, Y, 19, yang turut bersubahat dengan rakannya, Z, 19, di Jembatan Permandian Kogawuna, Kota Baubau, Sulawesi Tenggara, Indonesia.

Iklan
Iklan

Menurut pihak berkuasa, kedua-dua suspek yang kini ditahan merupakan anggota berpangkat rendah Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Pemeriksaan awal menunjukkan mayat WK mengalami luka kelaran pada leher, kesan dipukul dengan objek tumpul pada kepala dan melecur pada hampir seluruh tubuhnya.

Iklan

Di lokasi kejadian, polis turut menjumpai pakaian mangsa yang sudah terbakar dan botol berisi sisa bahan bakar.

Komandan Infanteri Brigade Teritorial Pembangunan 29 Mekongga, Kolonel Afriandy Bayu Laksono menegesahkan kedua-dua pelaku yang terlibat merupakan anggota Batalyon Infanteri Teritorial Pembangunan (Yonif TP) 823 Raja Wakaaka.

Iklan

Siasatan mendapati mangsa dan Y berkenalan melalui media sosial dan suspek pernah bertemu keluarga WK dalam satu majlis pada bulan lalu.

Pihak berkuasa sedang menyiasat motif dan memeriksa beberapa lokasi serta mengumpulkan bukti yang ada kaitan dengan pembunuhan kejam tersebut.

"Kami tidak akan melindungi kes ini. Jika terbukti bersalah, mereka akan diheret ke muka pengadilan," tegas Afriandy. - Agensi