Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
Iklan
Tuan Ibrahim
KUALA LUMPUR - Ahli Pas digesa bertenang dan tidak terpengaruh dengan provokasi oleh pihak seterunya di tengah-tengah kemelut politik yang berlaku di Perlis hari ini.
Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Pas mengutamakan prinsip dan integriti parti walaupun keputusan ini berisiko menjejaskan kestabilan kerajaan Perlis.
Iklan
Iklan
“Saya menyeru seluruh ahli dan penyokong Pas agar kekal tenang, berdisiplin serta tidak mudah terpengaruh dengan provokasi yang hanya menguntungkan pihak lawan,” katanya melalui kenyataan yang disiarkan di Facebook rasminya pada Khamis.
Pada masa sama, Tuan Ibrahim mengulangi gesaan kepimpinan Pas agar Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengambil tindakan tegas terhadap lima ADUN mereka yang terlibat.
Iklan
Tindakan menandatangani akuan bersumpah (SD) oleh lima ADUN itu didakwa mencetuskan suasana tidak harmoni di Perlis.
“Tindakan sedemikian penting sebagai tanda hormat kepada rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN),” katanya.
Iklan
Beliau turut membangkitkan mengenai tindakan Bersatu memecat ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Naim pada 12 Jun 2024 kerana menyokong pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Berbanding dengan Nenggiri, apa yang berlaku di Perlis jauh lebih serius. Ia memberi kesan langsung kepada keituhan kerajaan PN,” katanya lagi.
Hari ini, ADUN Sanglang, Mohd Shukri Ramli mengesahkan bahawa telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis secara sukarela.
Semalam, Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumumkan keahlian tiga ADUN Perlis iaitu Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) terhenti berkuat kuasa serta-merta.
Tindakan itu dipercayai susulan pergolakan dihadapi kerajaan Perlis selepas tercetusnya usaha menjatuhkan kepimpinan Shukri.
Sebelum ini media melaporkan lima ADUN Bersatu dan tiga ADUN PAS telah menyerahkan SD kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, bagi menyatakan hilang keyakinan terhadap Shukri.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.