PHNOM PENH - Rakyat Malaysia yang menghadapi kesukaran untuk berpindah dari kawasan terjejas akibat konflik Kemboja-Thailand yang sedang berlaku dinasihatkan supaya menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di ibu negara ini untuk mendapatkan bantuan.
“Rakyat Malaysia yang mengalami kesukaran untuk berpindah dari kawasan yang terkesan akibat konflik adalah dinasihatkan supaya menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh untuk mendapatkan bantuan lanjut,” menurut kedutaan itu dalam satu pemakluman pada Rabu yang dimuat naik di laman Facebook rasminya.