Wacana awam semakin tidak beradab?
Iklan
Ekosistem media digital pada hari ini tidak sebagaimana matlamat awal penciptaannya. - Gambar hiasan
APABILA saya memilih membuka akaun Facebook, kesan pengaruh kawan-kawan pada 16 tahun lepas, perasaan begitu teruja kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan lama sehingga mendorong aktiviti reunion atau jejak kembali setelah lama berpisah. Hasil perjumpaan tersebut, komunikasi menerusi pelbagai platform diperluaskan lagi.
Setelah beberapa tahun, ada yang mula left group atau tinggalkan kumpulan kerana tidak tahan dengan sindiran berjemaah akibat perbezaan perspektif, cara berfikir serta tidak beradab dalam berkomunikasi. Justeru, kumpulan baharu dibentuk berlandaskan fikrah yang sama.