UMNO keluar Kerajaan Madani kerana Najib?
Iklan
Keluar Kerajaan Madani mungkin menjejaskan UMNO, patutkah UMNO buat begitu demi Najib?
[DIKEMAS KINI] ADA pemimpin-pemimpin UMNO yang menggesa UMNO tarik sokongan daripada Kerajaan Madani kerana pautan backbencher kerajaan, Yeo Bee Yin yang meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permintaan Najib Razak untuk dipenjarakan di rumah sendiri.
Mungkin apa yang lebih merunsingkan penyokong-penyokong tegar Najib ialah keputusan mahkamah bakal dibuat pada 26 Disember (Jumaat) ini atas satu lagi kes 1MDB. Najib dituduh menyonglapkan sebanyak RM 2.2 bilion.