KUALA LUMPUR - Seorang bekas menteri yang pernah berkhidmat dalam Kabinet kerajaan sebelum era Covid-19 kini berada dalam radar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama pada Rabu, yang memaklumkan satu kertas siasatan baharu telah dibuka melibatkan individu berkenaan.