Patut tumpu isu lebih penting - Saravanan
Iklan
Saravanan menegaskan bahawa Perhimpunan Agung Tahunan MIC telah memberi mandat kepada MT parti untuk memutuskan perkara tersebut dan tidak boleh sewenang-wenangnya memberikan jawapan tanpa bermesyuarat terlebih dahulu.
SHAH ALAM - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya menumpukan perkara yang lebih penting misalnya masa depan parti, keputusan mahkamah berhubung Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak, isu ekonomi dan lain-lain, bukannya terlalu memikirkan bila MIC mahu keluar daripada BN untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berkata, pihaknya berulang kali menegaskan bahawa Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) MIC telah memberi mandat kepada Majlis Tertinggi (MT) parti untuk memutuskan perkara tersebut dan tidak boleh sewenang-wenangnya memberikan jawapan tanpa bermesyuarat terlebih dahulu.