Mungkinkah media sosial juga akan mati?
Iklan
Tidak mustahil suatu hari nanti TikTok, Instagram, malah Facebook hanya tinggal dalam buku sejarah digital. Foto hiasan
SALAH satu tempat yang saya suka singgah pada hujung minggu ialah pasar karat di Amcorp Mall, Petaling Jaya. Walaupun tempat ini tidaklah segah seperti kebanyakan pusat beli-belah lain tetapi bagi yang suka 'memburu' barang-barang lama atau antik, di sinilah 'syurga' buat mereka.
Sebaik masuk ke dalam pekarangan pusat beli-belah itu, mata saya pasti terpaku melihat barang-barang lama dan antik yang disusun di atas meja-meja jualan. Ada yang menjual piring hitam, kamera filem, mainan klasik dan buku-buku lama yang kertasnya sudah menguning di mamah usia. Seolah-olah masuk ke dalam mesin masa dan kembali ke zaman pernah kita lalui sebelum ini.