Loji kimia meletup, 6 pekerja cedera termasuk 3 melecur teruk

Iklan
Enam pekerja cedera lewat Isnin susulan satu letupan di sebuah loji kimia di Saint-Fons, Lyon di timur Perancis. - Foto Agensi

ISTANBUL - Enam pekerja cedera lewat Isnin susulan satu letupan di sebuah loji kimia di Saint-Fons, Lyon di timur Perancis, lapor Anadolu Ajansi memetik penyiar BFM TV.

Pejabat Pendakwa Raya Lyon memaklumkan kepada BFM TV pada Selasa, letupan di loji kimia Elkem Silicones di Saint-Fons itu mencederakan enam pekerja dengan tiga daripada mereka berada dalam keadaan serius akibat melecur teruk.

Iklan
Iklan

Satu kertas siasatan dilaporkan dibuka atas kesalahan 'kecederaan tidak disengajakan yang disebabkan oleh entiti undang-undang sehingga mengakibatkan ketidakupayaan melebihi tiga bulan'.

Pejabat Pendakwa Raya berkata, bahagian khas jenayah terancang bersama Direktorat Jabatan Pekerjaan, Buruh dan Solidariti ditugaskan bagi menentukan punca serta keadaan yang membawa kepada letupan itu. - Bernama- Anadolu

Iklan
Iklan