MCMC, Finas perlu tegas tangani penstriman filem asing berunsur LGBTQ
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin mengenai penstriman filem asing LGBTQ. Gambar kecil: Zed Zaidi
SHAH ALAM - Kemasukan elemen tidak selari dengan nilai tempatan, terutama lesbian, gay, biseksual, transgender dan kelompok mempersoal identiti seksual diri (LGBTQ) yang dikhuatiri disuntik dalam filem, animasi serta kartun, perlu ditangani tegas kerana dibimbangi memberi kesan negatif terhadap perkembangan sosial kanak-kanak di negara ini.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Jamil yang dikenali Zed Zaidi menyuarakan kebimbangan berkenaan susulan kandungan sedemikian didakwa semakin mudah diakses menerusi platform Over-The-Top (OTT) dan media sosial.