Ribuan pemohon kerja jawab ujian di landasan lapangan terbang

Iklan
Kesungguhan mereka meraih simpati warganet. - Foto Agensi

BHUBANESWAR - Ribuan individu berkumpul di sebuah landasan lapangan terbang diselubungi kabut tebal demi untuk menjalani ujian bertulis pengambilan pekerja.

Insiden di Lapangan Terbang Jamadarpali di daerah Sambalpur, Odisha, India itu bagaimanapun menarik perhatian warganet yang simpati dengan kesungguhan mereka memandangkan jumlah kekosongan jawatan yang ditawarkan adalah terhad.

Iklan
Iklan

Sebahagian besar daripada mereka sanggup datang lebih awal untuk menyahut cabaran 'merebut' jawatan itu walaupun bayaran gaji yang ditawarkan hanya sederhana.

Lebih 8,000 calon terpaksa bersaing untuk mengisi 187 kekosongan jawatan Pasukan Pengawal Sukarela yang hanya menawarkan gaji 612 rupee (RM28) sehari.

Iklan

Media melaporkan kebanyakan calon juga merupakan pemegang diploma, graduan MBA dan MCA serta profesional sains komputer.

Ia jelas menunjukkan tentang masalah pengangguran, persaingan yang semakin meningkat dan kekurangan tawaran pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan individu yang berlaku di negara Asia Selatan tersebut. - Agensi

Iklan