Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama didorong perkembangan positif fiskal
Iklan
Ringgit telah mencatatkan prestasi yang amat baik berbanding dolar AS dan mata wang serantau lain dalam beberapa minggu ini. Gambar hiasan
RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin berikutan perkembangan positif dalam kedudukan fiskal kerajaan Malaysia yang telah menyumbang dengan ketara kepada pengukuhan mata wang tempatan.
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.0730/0840 berbanding dolar AS daripada 4.0740/0785 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kemungkinan pelonggaran dasar monetari di Amerika Syarikat (AS) turut menyumbang kepada pengukuhan mata wang tempatan.
"Ringgit telah mencatatkan prestasi yang amat baik berbanding dolar AS dan mata wang serantau lain dalam beberapa minggu ini. Kedudukan yang dinamik itu akan terus mempengaruhi pergerakan mata wang dolar AS-ringgit hari ini,” katanya kepada Bernama.
Iklan
Bagaimanapun, katanya ringgit dilihat berada dalam keadaan terlebih beli menunjukkan peniaga dan pelabur mungkin memilih untuk merealisasikan keuntungan.
Oleh itu, beliau menjangka dolar AS-ringgit akan diniagakan dalam jajaran kecil hari ini.
Iklan
Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5839/5912 daripada 2.5909/5940, naik berbanding pound kepada 5.4489/4636 daripada 5.4514/4574 dan tinggi berbanding euro kepada 4.7691/7820 daripada 4.7715/7767 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1505/1595 daripada 3.1515/1553, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 243.1/243.9 daripada 243.2/243.6, tinggi berbanding peso Filipina kepada 6.93/6.96 daripada 6.94/6.95, bagaimanapun rendah berbanding baht Thailand kepada 12.9643/13.0060 daripada 12.9428/9620. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>