Kandungan berubah drastik, kawal selia makin mencabar
Iklan
Platform penstriman berbayar seperti Netflix masih memerlukan langganan serta kawalan akaun untuk mengakses kandungan tertentu. Gambar hiasan (Gambar kecil: Ahmad Fahmi)
SHAH ALAM – Landskap pendedahan kandungan hari ini telah berubah secara mendasar, sekali gus menjadikan usaha kawal selia semakin mencabar dalam era digital tanpa sempadan.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, platform penstriman berbayar seperti Netflix masih memerlukan langganan serta kawalan akaun untuk mengakses kandungan tertentu, berbeza dengan media sosial terbuka yang membolehkan kandungan sensitif dicapai secara langsung.