Boleh cetus kecelaruan identiti kanak-kanak
Iklan
Kanak-kanak dan remaja yang sedang melalui proses pembentukan identiti kendiri berisiko mengalami kecelaruan identiti sekiranya terdedah kepada media yang menonjolkan elemen songsang. Gambar kecil: Dr Zainal
SHAH ALAM – Kanak-kanak dan remaja yang sedang melalui proses pembentukan identiti kendiri berisiko mengalami kecelaruan identiti sekiranya terdedah kepada media yang menonjolkan elemen songsang.
Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah, Jaringan Industri dan Masyarakat), Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Zainal Madon berkata, pendedahan negatif tersebut bukan sahaja menjejaskan pembentukan jati diri, malah boleh memberi kesan kepada kestabilan emosi serta hubungan interpersonal.