LPF tapis TV, pawagam sahaja
Iklan
Penapisan kandungan berperanan sebagai pencegahan awal.
PUTRAJAYA – Lembaga Penapis Filem (LPF) menjelaskan bahawa bidang kuasanya dalam pelaksanaan penapisan kandungan adalah terhad kepada filem serta bahan publisiti yang ditayangkan melalui saluran konvensional seperti pawagam dan televisyen.
Menerusi kenyataan kepada Sinar Harian, LPF memaklumkan perkara itu selaras dengan peruntukan di bawah Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] serta Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) 2024.