BALING - Seorang lelaki berusia 21 tahun yang disyaki membunuh neneknya dan mencederakan moyangnya dalam satu kejadian tragis di Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil di sini pada 16 Disember lalu, akan didakwa di Mahkamah Sungai Petani pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Anak Richard Joe berkata, siasatan terhadap kes berkenaan telah selesai dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling.