KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter dikesan berlaku di utara Laut Maluku, Indonesia pada jam 8.21 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan gempa bumi itu dikesan pada koordinat 1.5 darjah utara dan 126.4 darjah timur, dengan kedalaman 10 kilometer.