10 maut, 10 cedera ditembak di barat Johannesburg, Afrika Selatan

Iklan
Anggota polis berada di lokasi kejadian ketika siasatan diteruskan. - Foto: Agensi

ISTANBUL - Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala 10 lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah kedai minuman di perbandaran Bekkersdal, barat Johannesburg, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan pada Ahad.

Menurut laporan South African Broadcasting Corporation (SABC) News, kejadian berlaku pada waktu malam di kedai minuman KwaNoxolo di kawasan Tambo, apabila beberapa individu bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan secara rambang ke arah pelanggan di dalam premis serta orang ramai yang berkumpul di luar.

Iklan
Iklan

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.

Polis pada awalnya mengesahkan 10 kematian dan memaklumkan anggota masih berada di lokasi kejadian ketika siasatan diteruskan. - Bernama

Iklan
Iklan