Pesawat 'hilang' selama 13 tahun akhirnya ditemui

Iklan
Air India turut dikenakan denda bayaran parkir berjumlah RM455,300. - Foto Agensi

NEW DELHI - Sebuah pesawat yang hilang selama 13 tahun akhirnya ditemui.

Sebelum ini, Air India pernah melaporkan tentang kehilangan Boeing 737-200 di Lapangan Terbang Kolkata pada 2012 selepas ia 'lenyap' daripada rekod syarikat penerbangan tersebut.

Iklan
Iklan

Tetapi, misteri 'kehilangannya' terjawab setelah pihak berkuasa lapangan terbang itu menghubungi Air India pada bulan lalu bagi meminta pemindahan pesawat berkenaan.

Paling mengejutkan, Air India turut dikenakan denda bayaran parkir berjumlah hampir 10 juta rupee (RM455,300).

Iklan

Pada mulanya, ia menafikan sebagai pemilik pesawat berukuran sepanjang 30 meter itu, namun audit dalaman mengesahkan ia kepunyaan mereka.

Pada asalnya, ia didaftarkan dengan Indian Airlines pada 1982 sebelum diserahkan kepada Air India susulan penggabungan pada 2007.

Iklan

Pesawat terbiar berusia 43 tahun itu telah dipindahkan ke Bengaluru dan akan digunakan untuk melatih kru penyelenggaraan. - Agensi