Keikhlasan membangun ekonomi
Iklan
Walaupun bumiputera terus tertinggal dan tercicir dalam bidang ekonomi, jalan keluar tetap ada dan menjadi semakin baik dengan bantuan teknologi digital. Gambar hiasan
BERITA yang memetik Menteri Pembangunan Usahawanan dan Koperasi (KUSKOP), Steven Sim Chee Keong sebagai berkata, peruntukan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) akan dinaikkan tahun hadapan sekali gus menggembirakan dan mendukacitakan.
Menggembirakan kerana usahawan yang terangkum dalam program pemodalan ini akan mempunyai sumber pembiayaan yang lebih banyak, meningkat daripada RM300 juta kepada RM500 juta.