Jakarta pula diancam banjir

Iklan
Cuaca ekstrem ketika kemuncak musim hujan itu dijangka berterusan hingga Januari depan. Foto Agensi

JAKARTA – Ibu kota Indonesia sedang siap siaga untuk menghadapi cuaca buruk dan bencana hidrometeorologi lain, di tengah-tengah amaran peningkatan risiko hujan lebat dan angin kencang.

Menurut ramalan kaji cuaca dikeluarkan Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), Jakarta dijangka mengalami hujan lebat dan angin kencang sehingga Isnin ini.

Iklan
Iklan

Sejak beberapa hari lalu, angin berkelajuan sehingga 55 kilometer sejam (km/j), melebihi purata biasa 30km/j telah direkodkan.

"Cuaca ekstrem ketika kemuncak musim hujan itu dijangka berterusan hingga Januari depan. Siklon tropika dan dua benih siklon yang dikesan di tiga lokasi berasingan turut menyumbang kepada keadaan itu," jelasnya.

Iklan

Sementara itu, Timbalan Gabenor Jakarta, Rano Karno berkata, bandar tersebut perlu menggiatkan usaha mitigasi terutamanya ketika musim perayaan pada akhir tahun.

Jakarta terdedah kepada banjir kerana kedudukannya di kawasan berdataran rendah yang merupakan lembangan hilir bagi beberapa sungai.

Iklan

Bagi mengurangkan potensi banjir, Agensi Air Jakarta telah menyediakan 590 pam air mudah alih.

Selain itu, pihak berkuasa juga memetakan 12 daerah di ibu kota termasuk Cilandak, Pasar Minggu, Kebayoran Baru dan Cipayung yang berpotensi berlaku kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat berterusan. - Agensi